Pengenalan
Bahagian Hal Ehwal Akademik memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kawalan kualiti sebagai sebahagian daripada proses menghasilkan graduan cemerlang di kampus ini.
Visi
Menjadikan bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Perak sebagai satu bahagian yang unggul dalam menguruskan dan menlaksanakan aktiviti akademik yang berteraskan kecemerlangan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing global dan beretika.
Misi
Memberi khidmat profesional kepada program-program yang ditawarkan di UiTM Perak bagi melahirkan generasi profesional bumiputera yang berilmu, berinovatif, beriltizam, bertaqwa serta berdaya saing yang berlandaskan nilai-nilai murni dan beretika keprofesional dan mampu menerajui pembangunan negara.
Piagam Pelanggan
KAMI BERJANJI UNTUK TERUS MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERKESAN, CEKAP DAN TEPAT DENGAN MESRA KEPADA PELAJAR, PENSYARAH, IBUBAPA, BAKAL MAJIKAN DAN PELANGGAN KAMI.
Objektif
- Menjadi nadi penggerak UiTM perak ke arah melahirkan graduan professional yang unggul, bertaqwa, beriltizam dan berdaya saing.
- Menyelaraskan program akademik dan enrolmen pelajar sejajar dengan pembangunan kampus.
- Menyediakan serta menyelenggarakan prasarana akademik, kemudahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dan terkini bagi mencapai kecemerlangan dan keutuhan akademik.
- Mewujudkan pengurusan akademik yang cekap dan berkesan agar program akademik dapat berjalan dengan lancar.
- Menyediakan prasarana yang kondusif bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan khidmat masyarakat dikalangan kakitangan akademik.
Fungsi
- Menguruskan pendaftaran pelajar
- Menguruskan hal ehwal peperiksaan
- Menguruskan jadual waktu kuliah
- Menguruskan rekod pelajar
- Menguruskan pengambilan pensyarah sambilan
- Menguruskan keperluan pensyarah dan bilik kuliah/studio/bengkel
Bahagian Hal Ehwal Akademik menawarkan perkhidmatan seperti dibawah :
- Tuntutan Syarahan Sambilan
- Pensyarah Lapor Diri
- Keperluan Asas Pensyarah Dalam Bilik Kuliah
- Pengurusan Rekod Pelajar
- Laporan Ketidakhadiran Kuliah Pelajar
- Pendaftaran Pelajar
- Pendaftaran Kursus
- Permohonan Pengecualian Kredit
- Permohonan Penambahan/Pengguguran Kursus
- Permohonan Rayuan Meneruskan Pengajian
- Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan Peperiksaan Akhir
- Permohonan Cuti Khas
- 'Clearance' Pelajar
- Permohonan Pertukaran Kampus
- Permohonan Pertukaran Program
- Penyediaan Surat Pengesahan Pelajar
- Pengendalian Peperiksaan
|
Perkhidmatan
|
Tempoh Pemprosesan
|
| Permohonan Mini Transkrip |
10 minit |
| Surat Pengesahan |
15 minit |
| 'Clearance' Pelajar |
5 minit |
| Keperluan Pensyarah untuk Kuliah |
5 minit |
| Penyerahan Borang Tuntutan Pensyarah |
10 minit |
| Pemprosesan Borang Tuntutan Pensyarah |
4 minit |
| Cuti Khas Pelajar |
2 hari |
| Permohonan Pengecualian Kredit |
7 hari bekerja selepas mesyuarat |
|
|
Last Updated on Tuesday, 27 April 2010 09:47 |